Perlawanan EPL dihentikan seketika untuk pemain berbuka puasa

Perlawanan EPL dihentikan seketika untuk pemain berbuka puasa

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Badan pengadil meminta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pegawai perlawanan menghentikan permainan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan, menurut Sky Sports hari ini.

Pegawai perlawanan juga diberi panduan agar pemain dapat berbuka puasa dengan minuman, gel tenaga atau suplemen di garisan tepi padang ketika aksi dihentikan seketika.

Ramadan di seluruh dunia dijangka bermula esok dan berakhir sebulan.

Pengadil juga digalakkan mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju dengan anggaran masa ditetapkan untuk berbuka puasa.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dan sayap Manchester City, Riyad Mahrez antara pemain yang menjalani ibadah itu tanpa makan dan minum di siang hari.

Pada 2021, perlawanan Leicester City dan Crystal Palace dihentikan seketika oleh pengadil, Graham Scott selepas setengah jam bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya