Penyu tidak rela alami kekalahan hatrik

Penyu tidak rela alami kekalahan hatrik

PEMAIN Terengganu FC memberi penghormatan kepada penyokong selepas kekalahan tipis kepada Kedah di Alor Setar, Rabu lalu. – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kalah dua perlawanan pembukaan, Terengganu FC perlu merubah nasib mereka bermula dengan menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi ketiga Liga Super malam ini.

Pengendali Sang Penyu, To­mislav Steinbruckner menegaskan, kekalahan ketiga berturut-turut akan menyebabkan pasukan berada di dasar liga dan itu perkara yang tidak bagus ­untuk memulakan musim bajaru.

Terengganu memulakan kem­pen dengan tumpas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Sumbangsih.

Mereka kemudian kalah 1-0 kepada Kedah Darul Aman (KDA) yang dibim­bing bekas jurulatih Penyu, Nafuzi Zain, Rabu lalu.

Steinbruckner mahu pemain memanfaatkan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mengutip tiga mata.

Tomislav Steinbruckner mencari tiga mata pertama buat Terengganu.

“Selepas kalah kepada JDT dan Kedah, kami tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang menentang KL City untuk mendapatkan tempat lebih baik dalam Liga Super.

“Jadi ini perlawanan besar dan penting selepas dua aksi di tempat lawan yang kurang memberangsangkan.

“Saya percaya dan berharap pemain boleh melakukan lebih baik berbanding dua perlawanan sebelum ini,” katanya ­semalam.

Steinbruckner berkata, dia juga perlu menilai prestasi dan keadaan beberapa pemain yang cedera sebelum memutuskan barisan utama yang akan ­diturunkan malam ini.

Sama seperti Kedah dan JDT, KL City juga dijangka memberi saingan sengit kepada Terengganu kerana dibarisi ramai ­pemain berkualiti.

“Kami menjangkakan satu perlawanan yang amat sukar.

“Mereka memiliki Kipre ­Tchetche, Declan Lambert, Herlison Caion…semua ini pemain yang sangat bagus dan mampu memberi masalah,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya