MSN tidak pilih kasih pemilihan acara dalam Sukma 2024

MSN tidak pilih kasih pemilihan acara dalam Sukma 2024

AHMAD SHAPAWI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail tampil memberikan pencerahan mekanisma digunakan badan induk itu untuk menyenaraikan jenis sukan di temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Ia susulan wujud rasa tidak puas hati yang dibangkitkan Setiausaha Agung Persatuan Kabaddi Malaysia, Peter Gopi apabila MSN tidak mempertandingkan sukan berkenaan untuk edisi di Sarawak tahun hadapan.

Bagaimanapun Shapawi menjelaskan, MSN tidak dapat memasukan kesemua 103 jenis sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, sebaliknya hanya sebahagian mampu dimasukkan bagi memastikan penganjuran berkualiti dan penyediaan khidmat sokongan lojistik berdasarkan kemampuan penganjur.

Tambah Shapawi, 28 sukan yang dipilih menerusi Bengkel Transformasi Sukma pada 16 hingga 18 Februari lalu adalah berpandukan kepada empat justifikasi asas pemilihan.

Antaranya adalah sukan yang dipertandingkan di peringkat Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel, sukan yang tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik namun terdapat di Sukan Asia/Komanwel serta sukan yang popular dan dipelopori sebilangan besar rakyat Malaysia.

“Ia selari dengan ketetapan Jawatankuasa Tertinggi Sukma mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan bengkel susulan bersama pemegang-pemegang taruh yang lain bagi mengkaji dan mencadangkan bilangan sukan-sukan pilihan untuk dimasukkan ke edisi Sukma seterusnya.

“Penjelasan ini bertujuan menegaskan bahawa pemilihan jenis sukan ke Sukma dibuat secara terbuka, menerusi ‘engagement’ (pertemuan) dengan semua pemegang taruh di peringkat Pusat dan Negeri-negeri tanpa ada sebarang prejudis kepada mana-mana jenis sukan lainnya,” jelas Shapawi dalam satu kenyataan hari ini.

Biarpun kabaddi tidak disenaraikan untuk edisi 2024, sukan ini masih berpeluang bersama-sama baki 74 sukan lain untuk disenaraikan pada edisi seterusnya iaitu Sukma 2026 Kelantan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya