Moon-sik lega pelan B menjadi

Moon-sik lega pelan B menjadi

MIGUEL Cifuentes (tengah) cuba menembusi benteng Kuala Lumpur City dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kegembiraan jelas terpancar diraut wajah pengendali Kelantan FC Choi Moon-sik apabila pelan B yang digunakan menjadi apabila pasukannya bangkit mengikat Kuala Lumpur City (KL City) 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Moon-sik berkata, pelan B yang dimaksudkan itu dengan melakukan pertukaran awal telah berjaya memberikan impak apabila berjaya meraih mata pada perlawanan tersebut.

Menurutnya, jika keputusan itu lewat dilakukan berkemungkinan besar Kelantan FC akan kempunan untuk mendapatkan mata.

“Saya membawa dua pelan untuk pasukan di dalam perlawanan kali ini. Di separuh masa pertama kita gagal menyempurnakan pelan pertama mendorong saya mengambil keputusan tersebut agar dapat mengawal permainan.

“Sebelum mendapat dua gol untuk mengikat perlawanan saya agak kecewa dengan prestasi pasukan tetapi selepas pelan B digunakan dengan membawa masuk tiga pemain gantian, saya berpuas hati walaupun sekadar meraih satu mata,” katanya.

 

Moon-sik memberitahu, keputusan meletakan Mario Arques di bangku simpanan satu strategi apabila The Red Warriors (TRW) berjaya melakukan kejutan.

Katanya, bola sepak juga permainan membuat keputusan yang menuntut keberanian untuk membuat pertukaran bagi mengubah situasi.

“Ini perlawanan di laman sendiri dan kami perlukan kemenangan. Jadi kami bermula dengan Leonardo Gabriel Rolon, Ismaheel Akinade dan Miguel Cifuentes supaya bahagian serangan lebi agresif.

“Apabila terdapat situasi pemain lambat membuat keputusan, saya perlu ubah keadaan dan bawa masuk Blasco yang menjadikan pasukan lebih agresif di setiap posisi. Ia satu keputusan yang baik,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, KL City memperoleh dua jaringan awal pada ke-11 menerusi Tchetche Kipre dan Delcan Lambert minit ke-34.

Tuah menjadi milik TRW apabila pemain KL City, Kenny Palraj tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-41 sebelum Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman mengikat kedudukan menjadi 2-2 pada masa kecederaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya