Messi yakin PSG mampu atasi Bayern

Messi yakin PSG mampu atasi Bayern

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi percaya Paris Saint-Germain (PSG) masih mampu melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menjelang pertembungan menentang Bayern Munich awal pagi esok.

Juara Ligue 1 itu akan bertemu juara Bundesliga pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir di Allianz Arena, selepas tewas pada perlawanan pertama 1-0 di halaman sendiri.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada anak buah Christophe Galtier, tetapi mereka telah bertindak balas sejak itu dengan tiga kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di Ligue 1.

Kemenangan dalam saingan liga itu menjana momentum menuju perlawanan terbesar mereka musim ini.

“Adalah penting untuk menyertai permainan dengan cara ini (selepas tiga kemenangan). Sebelum itu, kami tidak berada dalam prestasi terbaik sepanjang musim ini.

“Saya fikir kami mempunyai kemenangan penting untuk mengukuhkan pasukan apabila kami pergi ke Munich. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat ketat dan sukar, di mana ia ditentukan oleh butiran kecil.

“Ia juga amat sukar untuk menang di Munich, tetapi saya rasa kami sudah bersedia dengan baik. Kami mampu mengubah keadaan. Saya berasa sangat baik.

“Saya rasa pasukan telah berubah dalam beberapa perlawanan terakhir. Kami mempunyai wajah berbeza, dinamik berbeza. Kami mempunyai harapan besar untuk meneruskan perjalanan kami dalam Liga Juara-Juara, ” kata Messi.

Bagaimanapun, perkhabaran buruk buat PSG apabila kehilangan khidmat Neymar yang memerlukan pembedahan buku lali dan tidak dapat beraksi untuk tiga hingga ke empat bulan.

Pemain Brazil itu, yang mengalami kecederaan buku lali pada 19 Februari ketika menentang Lille dalam saingan Ligue 1 dan dia juga mempunyai masalah di bahagian kakinya itu sejak beberapa tahun lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya