Messi menuju ke Arab Saudi?

Messi menuju ke Arab Saudi?

LIONEL Messi mungkin mengikut jejak Cristiano Ronaldo mengakhiri karier bola sepaknya di Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rundingan kontrak baharu Lionel Messi dengan Paris Saint-Germain (PSG) telah dihentikan sementara dan kelab Arab Saudi, Al-Hilal menggunakan peluang tersebut untuk ‘meman­cing’ bintang Argentina itu.

Lebih menguatkan lagi spekulasi Messi bakal berpindah ke Arab Saudi apabila bapanya, Jorge telah berada di negara berkenaan dengan meletakkan tawaran gaji yang sama seperti Cristiano Ronaldo.

Tawaran yang dilaporkan tiba selepas PSG menghentikan perbincangan pembaharuan kon­trak bintang dunia itu.

Dua bulan lalu, Ronaldo melengkapkan perpindahan menakjubkan ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan akan memperoleh pendapatan dalam lingkungan 173 juta pound (RM940 juta) setahun.

Dilaporkan bahawa tawaran kepada Messi mengandungi syarat sama seperti Ro­naldo, dengan tawaran kontrak bukan sahaja merangkumi gaji utama pemain tetapi juga hak imej mereka dan beberapa tanggungjawab kontrak.

CRISTIANO Ronaldo ketika menyarung jersi Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi.

Ketika Ronaldo menyertai Al-Nassr yang berpangkalan di Riyadh, pesaing bandar mereka Al-Hilal iaitu kelab terbesar di Arab telah dikaitkan dengan perpindahan untuk Messi.

Al-Hilal kini sedang berdepan larangan perpindahan tetapi percaya mereka akan berada dalam kedudukan untuk menandatangani pemain musim panas ini.

Messi menyertai PSG dengan kontrak dua tahun pada musim panas 2021 iaitu perjanjiannya diperbaharui pada Jun.

Selepas kempen sulung yang sukar di Paris, dia telah menja­ringkan 18 gol dan memberikan 19 assist (bantuan gol) musim ini dan telah bercakap tentang kegembiraannya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Perancis.

Bagaimanapun, masa depannya diragui dengan PSG apabila menghentikan perbincangan pembaharuan kontrak kerana mereka ingin mengelak daripada hukuman selanjutnya dengan menjejaskan peraturan Kewangan Fair Play (FFP) UEFA.

PSG adalah salah satu daripada 10 kelab yang didenda ke­rana melanggar FFP tahun lepas dan dikenakan hukuman 10 juta euro (RM47 juta), de­ngan 45 juta euro (RM214.96 juta) lagi digantung bersama sekatan Liga Juara-Juara sekiranya mereka gagal mematuhi FFP pada masa hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya