Messi kekal di PSG jika gaji sama macam Mbappe

Messi kekal di PSG jika gaji sama macam Mbappe

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARIS: Lionel Messi kemungkinan besar akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas perbincangan mengenai kontrak baharu belum ada kata putus.

Kontrak bintang Argentina berusia 35 tahun itu akan tamat pada 30 Jun, dan dia akan menjadi ejen bebas jika tidak bersetuju untuk melanjutkan kontraknya.

Messi juga dikatakan sudah bersedia berhijrah ke kelab Arab Saudi dengan meletakkan syarat 600 juta euro (RM2.86 bilion) untuk beraksi di Asia Barat.

Bagaimanapun, kelab Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan menawarkan perjanjian bernilai 194 juta pound (RM1.05 bilion) semusim untuk menandatangani Messi.

KYLIAN MBAPPE

Pemain Terbaik Dunia itu juga tidak menolak untuk terus me­netap di Paris sekiranya tawaran diberikan kelab gergasi Perancis tersebut berbaloi.

Messi membuat permintaan untuk menikmati gaji sama dengan Kylian Mbappe yang ketika ini menerima 70 juta euro (RM333 juta) setahun berban­ding dirinya meraih 40 juta euro (RM191 juta) setahun.

Permintaan itu jelas mustahil untuk dipenuhi PSG dan kelab tidak akan menuruti semua yang dimahukan Messi, berbanding Mbappe yang masih muda daripada pemain Argentina tersebut.

Dalam masa sa­ma, PSG juga ti­dak mahu me­lepaskan Mbappe kepada Real Madrid menjadi faktor utama mereka menawarkan tawaran lumayan buat bintang Perancis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya