Mesin gol ‘Bergson’ sedia bedil Selangor

Mesin gol ‘Bergson’ sedia bedil Selangor

BERGSON DA SILVA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menagih khidmat ‘mesin gol’, Bergson Da Silva untuk menggempur Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Penggempur berbisa kelahiran Brazil itu dijangka cergas sepenuhnya dan sedia diturunkan selepas direhatkan ketika JDT membelasan Kelantan FC 5-1, minggu lalu.

Solari juga menjangkakan pertemuan sengit berdepan Selangor FC yang kini menduduki tangga ketiga dengan 10 mata, hasil tiga kemenangan dan seri sekali setakat ini.

“Selangor adalah pencabar uta­ma JDT dan mereka memiliki jurulatih berpengalaman, malah mereka beraksi di pentas final (Piala Malaysia) musim lalu. Ini adalah perlawanan ‘besar’ buat pasukan.

“Ia tidak mudah dan pemain perlu bekerja lkeras bagi mengekang asakan lawan yang dilihat menampilkan ramai pemain berkualiti ketika ini,” katanya.

Solari turut berharap Endrick Dos Santos yang kini berada pada prestasi terbaik akan terus membantu pasukan melebarkan rekod kemenangan. Setakat ini pemain tengah itu sudah meledak tiga gol dalam tiga perlawanan liga.

“Kehadiran Endrick membuatkan rakan pasukan beraksi dengan lebih baik seterusnya menjadikan strategi yang dirancang menjadi lebih berkesan.

“Pengalaman Endrick dalam kancah Liga Malaysia diharap dapat membantu pasukan menjadi lebih berbisa dan misi membawa pulang tiga mampu dicapai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya