Mampukah 'Dream Team' penuhi impian?

Mampukah ‘Dream Team’ penuhi impian?

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon mempunyai tugas memastikan dua kemenangan menjadi milik Malaysia Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keberkesanan kombinasi baharu pilihan Kim Pan Gon akan terjawab malam ini apabila Harimau Malaya menentang Turkmenistan dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Peminat pastinya ternanti-nanti taktikal bakal digunakan Pan Gon dan mengharapkan elemen kejutan ditampilkan skuad kebangsaan yang membariskan dua naturalisasi baharu, dan lapan muka baharu secara ke­seluruhan.

Memiliki barisan ‘terkuat’ sejak membimbing Malaysia, Harimau Malaya yang dianggap Dream Team diyakini mampu menandingi Turkmenistan wa­lau­pun lawan mempunyai ­ranking lebih baik iaitu 135 berbanding Malaysia (145).

Rekod mengalahkan Turkmenistan 3-1 dalam kelayakan Piala Asia, Jun tahun lalu juga memberi motivasi kepada pemain untuk melakar satu lagi kemenangan, sekali gus mengutip mata ranking.

“Peminat tidak sabar untuk melihat kombinasi dan taktikal baharu yang akan diterapkan Pan Gon. Dengan adanya ramai muka baharu, termasuk naturalisasi, saya percaya kita akan disajikan dengan aksi terbaik.

“Sekiranya pemain kali ini berjaya, kita akan lihat pasukan terbaik dan formasi berkesan pada Piala Asia (12 Januari-10 Februari 2024). Apa yang dilakukan sekarang adalah proses membentuk pasukan di peringkat awal.

“Kehadiran Paulo Josue dan Endrick Dos Santos akan memberi kelebihan, tiada apa yang perlu dibuktikan kerana mereka sememangnya memiliki kualiti dan asas permainan, cuma kena tingkatkan keserasian.

“Begitupun saya mahu ingatkan skuad negara agar tidak menjadikan keputusan kelayakan Piala Asia sebelum ini sebagai rujukan kerana mereka (Turkmenistan) kembali ke sini dengan pasukan lebih baik,” kata pemerhati bola sepak tempatan, Mohd. Sadek Mustafa kepada Utusan Malaysia.

Menurut Sadek, perkara pa­ling mengujakannya adalah melihat bahagian tengah yang kreatif bagi memberi umpanan kepada jentera serangan.

“Kita mahu lihat siapa akan menjadi jeneral, siapa yang akan lebih kepada tengah menyerang dan siapa tengah bertahan. Ini penting kerana akan menjadi nadi pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya