Kelantan United buru kemenangan sulung

Kelantan United buru kemenangan sulung

AKSI Indra Putra Mahayuddin (kiri) ketika membantu Kelantan United menentang Sabah FC di Kota Kinabalu, Rabu lalu. – IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas bermula langkah sumbang de­ngan kalah dalam dua aksi pembukaan Liga Super, kapten Kelantan United, Indra Putra Mahayuddin me­nuntut rakan sepasukan bangkit mencari kemenangan sulung apabila berdepan satu lagi pasukan ‘bermasalah’, Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Seperti Kelantan United, Pe­rak yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim juga belum menca­tat kemenangan selepas dibelasah 1-4 oleh Kedah Darul Aman (KDA) di laman sendiri pada aksi pertama, diikuti seri 0-0 dengan PDRM, Selasa lalu.

Kelantan United memulakan musim 2023 dengan kekalahan 1-0 kepada Selangor FC sebelum dibenam 3-1 oleh Sabah FC.

“Ini kali pertama kita bermain di tempat sendiri selepas mengharungi dua perlawanan di tempat lawan. Saya harap rakan sepasukan lebih fokus dan pertingkatkan komitmen.

“Kita kena menang esok dan memberi sesuatu yang positif kepada penyokong yang hadir di stadium,” kata Indra Putra kepada Utusan Malaysia.

Mengenai tekanan pertama kali beraksi di depan penyokong sendiri, Indra Putra menjelaskan ia merupakan sesuatu yang perlu dihadapi secara bijaksana oleh setiap pemain.

Katanya, setiap perlawanan dalam kancah Liga Super pasti mempunyai tekanan tersendiri kerana setiap pasukan pasti mahu memberikan yang terbaik demi mencari kemenangan.

“Tekanan memang ada dalam setiap perlawanan. Ia perlu dihadapi dengan tenang dan jangan biarkan ia menjejaskan taktikal, perancangan pasukan dan perlawanan itu sendiri.

“Bermain di halaman keramat petang esok, Kelantan United perlu memberikan persembahan terbaik dan seboleh-bolehnya mengutip tiga mata berharga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Indra Putra gembira berjaya menghadiahkan gol pertama buat Kelantan United musim ini melalui sepakan percuma dari jarak 25 meter ketika menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

“Secara peribadi saya berpuas hati kerana bukan mudah mahu menjaringkan gol dari jarak jauh. Tambahan pula pasukan sedang ketinggalan 3-0 ketika itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.