Kelantan FC tak akan jadi 'lauk' JDT

Kelantan FC tak akan jadi ‘lauk’ JDT

PEMAIN Kelantan FC menjalani latihan di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah , Johor Bahru kelmarin dalam persiapan menghadapi JDT hari ini. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darulnaim (Kelate.Net) yakin Kelantan FC tidak akan menjadi ‘lauk’ Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.

Kejayaan JDT ‘meratah’ Negeri Sembilan 7-0 dalam perlawanan terakhir liga, Isnin lalu meresahkan penyokong The Red Warriors (TRW) nasib yang sama mampu menimpa mereka, apatah lagi anak-anak buah Choi Moon-sik belum mempamer aksi yang benar-benar meyakinkan musim ini.

Kelantan FC kalah 1-2 kepada Kuching City dalam aksi pembukaan, sebelum dibenam 4-1 oleh Sri Pahang, namun menang 2-0 ke atas Penang FC pada perlawanan terakhir liga di tempat sendiri, Ahad lau.

Presiden Kelate.Net, kelab penyokong TRW yang berpengaruh, Mohd. Nurul Yusoh berkata, walaupun berdepan cabaran getir JDT, dia yakin Kelantan FC akan memberikan tentang sengit kepada pendahulu liga itu.

“Berdepan JDT bukan tugas mudah, kita tahu mereka pasukan serba lengkap di segenap posisi bermula daripada penjaga gol sehinggalah barisan serangan.

“Saya harap pemain Kelantan FC tidak gugup dan memperagakan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Nurul, Kelantan FC tidak perlu tertekan sebaliknya ‘gembira’ dapat berdepan pasukan terkuat dalam Liga Malaysia.

Sementara itu, Moon-sik mengakui, pemainnya hadir ke Johor dengan mentaliti menang kerana matlamat setiap pasukan yang memasuki pertandingan adalah memenangi perlawanan mereka.

“Anda berlawan untuk menang, jika anda mempunyai mentaliti lain, anda akan berada di padang dengan mentaliti rendah.

“Jika kita pergi untuk menang tapi kita pulang dengan hampa, kita perlu fikir bahawa kita sudah melakukan yang terbaik,” kata pengendali dari Korea Selatan itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN