Kejayaan JDT hari ini bukanlah satu kebetulan

Kejayaan JDT hari ini bukanlah satu kebetulan

TUNKU MAHKOTA ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula tiga aksi pertama di Liga Super de­ngan cukup cemerlang tanpa dibolosi dan merekodkan 12 gol, ia cukup membuktikan betapa Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus mendominasi Liga Malaysia.

Bagi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim segala yang dikecapi pasukan Harimau Selatan ketika ini bukanlah satu kebetulan.

Sebaliknya, usaha yang telah direncanakan oleh beliau hampir 10 tahun lalu dan kini ia ­te­lah membuahkan banyak hasil dan kejayaan di dalam dan luar padang.

Mengulas lanjut, Tunku ­Ismail percaya antara salah satu resipi kejayaan pasukan ­Harimau Selatan disebabkan dirinya sudah sebati dengan bola sepak.

“Cinta saya kepada bola ­se­pak dan Johor saling berkait. Saya membesar dengan pemain bola.

“Apa yang terjadi kepada JDT hari ini bukanlah satu kebetulan,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi kenya­taan dalam Instagram Story.

JDT kini telah menjadi fenomena dalam industri bola sepak Malaysia tatkala mereka berjaya menarik beberapa nama-nama besar untuk beraksi Liga Malaysia.

Penajaan dan jalinan kerjasama dengan syarikat besar juga telah mengangkat kedudukan JDT untuk bersaing pada tahap tertinggi bola sepak di Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN