Kane cipta rekod jaringan, England kalahkan Itali

Kane cipta rekod jaringan, England kalahkan Itali

HARRY Kane mencipta rekod baharu bersama England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES, Itali: Harry Kane memecah rekod penjaring terbanyak England sepanjang zaman dengan meledak gol ke-54 ketika membantu Three Lions menundukkan Itali 2-1 dalam aksi pertama, kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 awal pagi tadi.

Penyerang Tottenham itu memadam memori hitam gagal menyempurnakan penalti ketika England kalah kepada Perancis pada suku akhir Piala Dunia, Disember lalu dengan meledak penalti sebelum tamat babak pertama bagi memberikan pelawat kelebihan 2-0 di Naples.

Terdahulu, Declan Rice meletakkan England di depan pada minit ke-13, diikuti penalti Kane pada minit ke-44, sekali gus mengatasi rekod Wayne Rooney (53).

“Ia sangat bermakna. Saya begitu teruja untuk menyarung jersi England dan kembali beraksi untuk memulakan kempen Euro yang berlangsung tahun depan.

“Semestinya penalti! Ketika bola menerjah jaring, ia memberi satu emosi yang hebat. Saat magis,” kata Kane yang membuat penampilan ke-81.

Kane sebelum ini turut mengatasi rekod lama yang dipegang oleh Jimmy Greaves dengan merekodkan 266 gol untuk bergelar penjaring terbanyak Tottenham pada Februari.

“Menjadi sebahagian daripada perkara menakjubkan, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, staf, penyokong, keluarga saya dan isteri saya,” kata Kane selepas England mencatat kemenangan pertama di tempat lawan di Itali sejak 1961.

England bagaimanapun menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas layangan dua kad kuning dalam tempoh 54 saat menyebabkan Luke Shaw dibuang padang pada minit ke-80.

Itali yang merapatkan jurang 2-1 menerusi jaringan Mateo Retegui pada minit ke-55 bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya