Jurulatih tak galakkan pemain Indonesia berpuasa

Jurulatih tak galakkan pemain Indonesia berpuasa

SHIN TAE-YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Jurulatih ­Indonesia, Shin Tae-yong tidak menggalakkan pemain bola sepak negara itu ber­puasa menjelang dua perlawanan persahabatan menentang ­Burundi pada Sabtu dan Selasa depan.

Jurulatih dari Korea Selatan itu mahu pemain mengekalkan tahap kecergasan sepanjang jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dia juga akan mengadakan pertemuan dengan pe­mimpin agama serta pemain bagi membincangkan perkara tersebut.

“Puasa memang agak sukar buat saya kerana pemain perlu makan pada waktu tertentu bagi mengekalkan kecergasan mereka.

“Jika tidak makan dan harus lari dan beraksi, maka itu situasi yang amat menyukarkan pemain.

“Saya harus berbincang dahulu dengan pemimpin agama dan pemain mengenai perkara ini supaya mereka boleh memberi sepenuh fokus terhadap dua perlawanan yang akan dihadapi.

“Mungkin ada hari yang pemain tidak perlu berpuasa dan mereka masih boleh mengganti puasa yang ditinggal selepas bulan Ramadan.

“Kita akan membicarakan perkara ini dengan lebih ­lanjut dalam pertemuan itu nanti,” kata Tae-yong.

Skuad Garuda terpaksa menentang pasukan sama dalam dua aksi persahabatan selepas mengalami kesukaran untuk mencari lawan pada jendela FIFA kali ini.

Menjelang pertemuan menentang Burundi, Tae-yong mengakui tidak arif dengan kemampuan lawan tetapi dia mahu pemain Indonesia memberi prestasi terbaik sebagai langkah untuk meraih mata dan memperbaiki ­ran­king. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya