JDT kukuhkan cengkaman, belasah Selangor

JDT kukuhkan cengkaman, belasah Selangor

KELANA JAYA 17 MAC 2023 - Pemain Selangor FC, Hein Htet Aung (kiri) cuba merampas bola dari Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Oscar Arribas Passero pada perlawanan Liga Super Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: SUKAN UTUSAN / SUKAN KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah meraih tiga mata seterusnya untuk mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super apabila melakar kemenangan 4-0 ke atas Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan kekalahan pertama Tan Cheng Hoe dalam saingan Liga Super sejak mengambil alih skuad The Red Giants pada September tahun lalu sekali gus meleburkan rekod bersih bekas pengendali Harimau Malaya tersebut.

Beraksi di laman sendiri, dihadapan penyokong yang memenuhi segenap stadium, skuad Merah Kuning dilihat positif apabila memulakan aksi cukup bertenaga dan berjaya mengimbangi kekuatan JDT.

Begitupun, anak buah Esteban Solari terlebih dahulu menguji pintu gol tuan rumah menerusi percubaan penyerang import dari Brazil, Diogo namun berjaya dinafikan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid pada minit ke-27.

KELANA JAYA 17 MAC 2023 – Para pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mengawasi Pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim (tengah) pada perlawanan Liga Super Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: SUKAN UTUSAN / SUKAN KOSMO

Tersentak dengan serangan itu, tuan rumah melancarkan serangan balas pantas seminit kemudian bermula daripada sebelah kiri gawang gol JDT tetapi percubaan lemah Faisal Halim dalam kotak penalti mudah ditangkap Syihan Hazmi.

Khairulazhan terus mempamerkan aksi cemerlang apabila menafikan dua percubaan pemain import dari Argentina, Juan Muniz pada minit ke-40 dan ke-44 menerusi sepakan bola mati untuk mengakhiri babak pertama dengan kedudukan terikat 0-0.

Bersambung babak kedua, JDT akhirnya menemui ‘lubang’ jaringan bermula dengan ledakan Muniz pada minit ke-55.

Tuan rumah cuba bangkit mencari gol penyamaan, sebaliknya JDT pula menggandakan jaringan hasil ledakan Diogo pada minit ke-57.

Juara bertahan itu, terus menambah derita Selangor menerusi ledakan Fernando Forestieri yang mudah menyudahkan hantaran Arif Aiman Hanapi pada minit ke-77 untuk gol ketiga pelawat.

Pesta gol JDT berterusan pada minit ke-82 apabila pemain sayap dari Argentina, Forestieri berjaya mencetak nama sebagai penjaring buat kali kedua sekali gus menutup malam gemilangan skuad Harimau Selatan dan memberi mimpi ngeri kepada Selangor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya