Isu bakat di Itali lebih teruk berbanding England – Mancini

Isu bakat di Itali lebih teruk berbanding England – Mancini

PEMAIN Itali melakukan persiapan akhir semalam menjelang pertemuan menentang England pada kelayakan Euro 2024 esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Roberto Mancini me­negaskan, Itali mempunyai kumpulan bakat jauh lebih kecil berbanding lawan yang akan ditentang pada kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 esok, England, sekali gus membalas rungutan bos Three ­Lions, ­Gareth Southgate.

Pengurus skuad Azzurri itu juga kurang optimis dengan prospek masa depan bola sepak Itali, walaupun tiga kelab Serie A mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Menjelang pertemuan de­ngan England di Naples, Mancini berkata, masalah Southgate boleh diselesaikan berbanding situasi yang dihadapi Itali.

“Sejak bertahun-tahun lalu, saya berkata, pemain yang dilahirkan di Itali harus bermain untuk skuad kebangsaan.

“Semua pasukan di Eropah mempunyai pemain dari negara lain. Kami mempunyai pemain yang diambil oleh skuad kebangsaan lain, jadi kami patut melakukan perkara sama.

“Tiada guna untuk bercakap di Itali terdapat beberapa pilihan. Situasi kami sebenarnya lebih teruk daripada Southgate. Jika ada peluang mengambil pemain baharu, kami akan ambil,” kata Mancini.

Southgate sebelum ini ­me­rungut pemain England kurang diberi ­peranan penting dalam liga domestik yang sering dikuasai oleh bintang luar.
Itu menyebabkan skuad kebangsaan berdepan kesukaran untuk memilih bakat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya