Hamidin CDM ke Olimpik Paris 2024

Hamidin CDM ke Olimpik Paris 2024

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) menyampaikan hadiah jersi Harimau Malaya `HANAYO 9' kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Stadium Nasional, Bukit Jalil, baru-baru ini. - IHSAN FAM

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Chef de Mission (CDM) atau kontinjen negara ke sukan Olimpik Paris 2024.

Selain dilantik sebagai ketua kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024, Hamidin juga dilantik bagi menganggotai pasukan projek ‘Road to Gold’ yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini.

Turut dilantik menganggotai pasukan projek itu ialah timbalan CDM ke Olimpik Paris 2024, Datuk Nicol Ann David yang juga merupakan bekas bekas ratu skuasy negara.

“Peranan ‘Chef de Mission’ dan timbalannya akan mencerminkan asas Jawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir berkepakaran dan atlet bertaraf dunia.

“Tugas segera Jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti keperluan tambahan yang diperlukan bagi menjayakan misi meraih emas di Olimpik,” kata Hannah- UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN