Griezmann mungkin bersara Mbappe dilantik sebagai kapten

Griezmann mungkin bersara Mbappe dilantik sebagai kapten

KYLIAN Mbappe (kiri) akan memakai lilitan ketua pasukan Perancis, keputusan yang mengecewakan Griezmann.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann  mempertimbangkan mengenai masa depannya bersama skuad Perancis selepas tidak dipilih menjadi kapten, menurut laporan hari ini.

Menurut L’Equipe, pengendali Perancis, Didier Deschamps sebaliknya memberi lilitan ketua pasukan kepada penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Griezmann yang genap 32 tahun hari ini terkejut dengan keputusan Deschamps tidak melantiknya sebagai ketua pasukan baharu Les Bleus kerana dia adalah pemain kedua paling berpengalaman dalam skuad selepas Olivier Giroud.

Dia telah membuat 117 penampilan, 42 gol dan 36 umpanan. Bersama Mbappe, Griezmann beraksi dalam setiap perlawanan Piala Dunia 2018 dan 2022 bersama Perancis.

Mbappe, 24, akan menjadi ketua pasukan apabila menentang Belanda, Sabtu ini dan dijangka kekal memakai lilitan berkenaan, menjadikannya kapten paling muda.

Terdahulu, Hugo Lloris mengosongkan tugas itu susulan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas tamat Piala Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.