Empat 'gergasi' berentap di suku akhir Liga Juara-Juara

Empat ‘gergasi’ berentap di suku akhir Liga Juara-Juara

UNDIAN suku akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Nyon, Switzerland hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland: Chelsea berdepan undian ‘ngeri’ Liga Juara-Juara apabila  bakal menentang juara bertahan, Real Madrid di suku akhir, manakala misi Manchester City untuk memburu kejuaraan pertama penuh berliku kerana perlu melepasi halangan Bayern Munich.

Sekiranya berjaya melepasi cabaran getir juara 14 kali, Real serta Bayern (juara enam kali), Chelsea dan City akan berentap sesama sendiri pada separuh akhir.

Ini kali ketiga Chelsea diundi menentang Real Madrid dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan Blues mengatasi Los Blancos pada 2021 sebelum menjulang trofi itu di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Sementara itu, pendahulu Serie A, Napoli akan berdepan AC Milan dalam pertemuan dua gergasi Itali, manakala satu lagi kelab Serie A, Inter Milan menentang pendahulu liga Portugal, Benfica.

Ia juga membuka peluang buat pasukan dari Itali mara ke final buat kali pertama sejak Juventus melakukannya pada 2017, apabila Inter akan berdepan Milan atau Napoli di separuh akhir jika Nerazzurri berjaya menumpaskan Benfica.

Saingan suku akhir akan berlangsung pada 11 dan 12 April, dengan Real akan melayan kunjung Chelsea terlebih dulu di Santiago Bernabeu sebelum berkunjung ke London untuk aksi timbal balik seminggu kemudian, manakala City menanti kehadiran Bayern terlebih dulu di Etihad.

Saingan separuh akhir akan berlangsung Mei dengan aksi final di Istanbul dijadualkan pada 10 Jun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya