Ee Yi-Yew Sin singkirkan juara Olimpik di All England 2023

Ee Yi-Yew Sin singkirkan juara Olimpik di All England 2023

TEO EE YI-ONG YEW SIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Pusingan pertama Kejohanan Badminton All England yang membuka tirai hari ini menyaksikan permulaan kurang sempurna ditampilkan barisan pemain negara, namun diselamatkan oleh beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin.

Ee Yi dan Yew Sin diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan seakan lambat panas apabila ketinggalan pada set pertama kepada Lee Yang dan Wang Chi Lin, namun mereka memperkemaskan semula strategi untuk menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu dengan keputusan 12-21, 21-16, 21-18 selepas bertarung selama 57 minit untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut mereka berjaya menewaskan gandingan Taiwan itu daripada enam pertemuan diharungi antara kedua-dua pasangan sebelum ini sejak 2020.

Tamparan buat beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan ditunjukkan jalan keluar oleh lawan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dengan keputusan 13-21, 21-15, 15-21 dalam tempoh 55 minit.

Aksi dalam beregu campuran menyaksikan pasangan meningkat, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei cuba untuk melakar kejutan dalam penampilan pertama mereka di saingan ini, namun hasrat mereka dinafikan pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto dengan keputusan 19-21, 24-22, 17-21.

Bagaimanapun rakan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memastikan mereka berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas dipaksa berhempas pulas oleh gandingan Indonesia, Rinov Rinaldy-Pitha Haningtyas Mentari dengan keputusan 21-19, 21-18.

Tiga lagi wakil negara akan turun berentap sebentar lagi membabitkan perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, perseorangan wanita, Goh Jin Wei serta satu lagi beregu wanita, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya