Dua pegawai bola sepak dipenjara atas Tragedi Kanjuruhan

Dua pegawai bola sepak dipenjara atas Tragedi Kanjuruhan

GAMBAR fail rusuhan penonton yang dirakamkan ketika aksi kelab Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Indonesia pada 1 Oktober lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Dua pegawai bola sepak Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan setahun oleh mahkamah Indonesia hari ini selepas didapati bertanggungjawab dalam Tragedi Stadium Kanjuruhan yang meragut lebih 135 nyawa dan mencederakan ratusan lain pada 1 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Kelab Arema FC, Abdul Haris dipenjara 18 bulan kerana bersalah dan cuai kerana menjual tiket melebihi kapasiti maksimum stadium, manakala Pengawal Keselamatan Kelab, Suko Sutrisno dipenjara setahun atas dakwaan kecuaian.

Sebelum ini, Siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia mendapati punca utama rempuhan itu disebabkan tindakan polis melepaskan 45 das tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Hukuman seumpama ini adalah kali pertama dibuat oleh mahkamah Indonesia selepas tragedi yang mencetuskan kekecohan serta kemarahan penduduk negara itu terhadap pihak polis yang melepaskan gas pemedih mata secara berbahaya di stadium yang padat dengan penonton di Jawa Timur.

Dalam kejadian ketika perlawanan Liga Indonesia membabitkan kelab Arema FC dan Persebaya Surabaya, ratusan orang meluru ke pintu keluar yang sempit sekali gus menyebabkan ada yang dipijak dan sesak nafas sehingga meninggal dunia.

Penganjur perlawanan, Abdul Haris didapati bersalah atas kecuaian dan dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan, namun pendakwa raya mahukan hukuman penjara selama enam bulan dan lapan tahun.

“Saya menjatuhkan hukuman setahun setengah kepada defendan,” kata Abu Achmad Sidqi Amsya pada prosiding yang berlangsung di sini.

Hakim turut mendapati pegawai keselamatan, Suko Sutrisno bersalah atas kecuaian dan dipenjara selama setahun.

“Defendan tidak menjangka kekecohan itu kerana situasi kecemasan tidak pernah barlaku sebelum ini. Defendan juga tidak memahami tugasannya sebagai pegawai keselamatan dengan baik,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya