Brazilian connection senjata Harimau Malaya

Brazilian connection senjata Harimau Malaya

POULO Josue (kiri) menjalani latihan bersama rakan-rakan baharu skuad Harimau Malaya di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam sebagai persiapan menghadapi aksi persahabatan antarabangsa. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemain natura­lisasi, Paulo Josue berharap gandingan Brazilian connection bersama Endrick Dos Santos mampu mengangkat Harimau Malaya ke tahap terbaik apabila menentang Turkmenistan dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim esok.

Josue, 34, berkata, walaupun tidak pernah bermain bersama, namun mereka mudah memahami gaya permainan satu sama lain dan dapat berkomunikasi dengan jelas.

“Sebelum ini dalam tempoh lima ke enam tahun kami pernah berkongsi padang dalam aksi Liga Malaysia, namun bukanlah dalam pasukan yang sama.

“Memandangkan kami ber­asal dari Brazil, jadi tidak timbul masalah komunikasi.

“Saya suka cara permainan Endrick dan berharap gandingan kami ber­dua ini membantu pasukan de­ngan beraksi lebih baik,” katanya.

Harimau Malaya akan ber­depan Turkmenistan esok sebelum melayan Hong Kong pada Selasa depan juga di Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, pemain te­ngah Kuala Lumpur City FC itu teruja bakal menyarung jersi Malaysia buat pertama kali setelah menjadi pemain naturalisasi negara.

Josue turut meluahkan rasa gembira dan bangga dipilih oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk beraksi bersama skuad kebangsaan buat pertama kali.

“Saya berikrar untuk memberi persembahan terbaik bagi membalas jasa coach Kim yang memberi peluang bersama skuad Harimau Malaya.

Saya amat berharap mampu memberi impak kepada pasukan.

“Kini, saya dalam proses memahami dan menguasai sistem serta corak permainan yang diterapkan ketua jurulatih yang mahu pemain melakukan high press dan memanfaatkan pemain sayap yang lincah se­perti Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Akhyar Rashid,” katanya.

Mengenai rekod pertemuan Malaysia menentang Turkmenistan, pemain kelahiran Brazil itu berkata, rekod itu tidak memberi sebarang makna dan menjangkakan akan menjadi satu pertemuan yang sengit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.