Beri sepenuh tumpuan, elak kesilapan mudah - Cools

Beri sepenuh tumpuan, elak kesilapan mudah – Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools menuntut rakan pasukan untuk memberi tumpuan penuh ketika berdepan Turkmenistan pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Cools berkata, mereka tidak seharusnya gopoh dan melakukan kesilapan yang mengakibatkan gawang dibolosi seperti yang berlaku pada pertemuan dahulu ketika Malaysia mengejutkan lawan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rakan sepasukan yang menjalani kem latihan di pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada pada tahap terbaik dan bersemangat tinggi mengulangi kejayaan menewaskan lawan tersebut.

“Masih segar dalam ingatan mengenai perlawanan itu, kita bermula agresif dan berjaya mengejutkan lawan. Satu-satunya gol yang dijaringkan pihak lawan adalah berpunca daripada kesilapan barisan pertahanan sendiri.

“Sudah pasti mereka akan belajar daripada perlawanan itu dan menganalisis corak permainan kita yang bermula dengan agresif.

“Sebagai pemain pertahanan, kita harus mengelakkan daripada melakukan kesilapan dan tidak membenarkan gawang dibolosi dalam masa sama membantu jentera serangan memanfaatkan semua peluang serangan untuk menghasilkan gol,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Thistle, di sini hari ini.

KIM Pan Gon memberi arahan kepada pemainnya dalam sesi latihan di Johor hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Malaysia akan berdepan dengan Turkmenistan, pasukan yang berada di ranking ke-135, berbanding Malaysia pada kedudukan ke-145.

Pada Jun lalu, Malaysia menewaskan Turkmenistan 3-1 bagi memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Dalam pada itu, Cools memberitahu, ketua jurulatih, Kim Pan Gon membawa pemain pertahanan yang berkualiti termasuk pemain muda seperti Feroz Baharudin yang mendapat panggilan buat pertama kali.

Kesemua pemain sudah bersedia untuk beraksi pada perlawanan tersebut setelah mempamerkan kesungguhan sepanjang kem latihan berlangsung.

“Saya lihat mereka semua mempunyai kualiti yang ketua jurulatih perlukan, saya percaya hasrat Pan Gon untuk menjadi pasukan yang lebih baik mampu tercapai.

“Berbekalkan pengalaman beraksi di liga Eropah termasuk Liga Thailand yang baru disertai, saya akan membantu sebaik mungkin untuk membantu rakan pasukan mencapai kemenangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya