‘Beri saya peluang beraksi lebih lama’

‘Beri saya peluang beraksi lebih lama’

Nooa Laine berharap akan menerima minit permainan lebih lama untuk membuktikan kemampuan apabila Malaysia menentang Hong Kong, Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Nooa Laine belum puas beraksi bersama skuad kebangsaan dan berharap mendapat minit permainan ­lebih lama apabila Harimau Malaya menentang Hong Kong pada aksi persahabatan, Selasa ini.

Pemain kacukan Malaysia-Finland berusia 20 tahun itu dimasukkan pada babak kedua ketika menentang Turkmenistan, Khamis lalu dan hampir menjaringkan gol pertama, namun percubaannya tidak tepat ke gawang.

Pemain kelab SJK Seinajoki dalam Liga Finland itu berkata, dia amat dahagakan aksi bersama Harimau Malaya untuk membuka rekod jaringan setelah menarik perhatian ketua ­jurulatih, Kim Pan Gon.

“Saya gembira apabila ketua jurulatih memasukkan saya pada babak kedua ketika menentang Turkmenistan, itu peluang saya menunjukkan kemampuan di atas padang.

“Sudah tentu saya melakukan tugas yang baik dalam tempoh singkat itu. Bagaimanapun, saya tidak begitu berpuas hati kerana ada beberapa peluang mencipta jaringan, namun gagal memanfaatkannya.

 

“Saya anggap ia sebagai satu permulaan yang baik dan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki bagi perlawanan seterus­nya,” katanya.

Laine yang pertama kali menyertai kem latihan Harimau Malaya mengakui, memerlukan masa untuk membentuk keserasian dengan pemain lain yang asing buatnya dan yakin proses itu berjalan lancar.

Dia menaruh kepercayaan bahawa Pan Gon akan memanfaatkan kehadirannya dalam skuad kebangsaan yang bakal berdepan Hong Kong, Selasa ini.

“Saya menghormati ketua jurulatih dan  jika saya diberi peluang kedua menentang Hong Kong, pastinya akan berikan yang terbaik dengan memanfaatkan peluang gol sebaik mungkin,” katanya.

Mengenai harapan tinggi ­diletakkan penyokong Harimau Malaya terhadapnya, Laine tidak mahu dibebani dengan tekanan ini dan hanya memberi tum­puan untuk lakukan yang terbaik.

Pan Gon sebelum ini m­engakui tertarik dengan pemain itu yang memiliki kualiti diperlukan menerusi rakaman perlawanan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya