Banyak katak 'melompat' atas padang - Teong Kim

Banyak katak ‘melompat’ atas padang – Teong Kim

PEMAIN Perak gagal mempamerkan aksi terbaik mereka susulan permukaan padanmg yang tidak rata di Stadium Sultan Muhamad IV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim mahu pihak berkenaan memberi penekanan dan langkah sepatutnya untuk memperbaiki kualiti permukaan padang di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Teong Kim berkata, permukaan padang yang tidak rata menyebabkan bola banyak melantun dan menimbulkan kesukaran untuk bermain bola sepak dengan corak ‘combination football’ seperti biasa diamalkan oleh pasukan kendaliannya.

“Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan atau menghina Kelantan FC, Kelantan United FC ataupun pihak stadium sendiri tetapi ini adalah satu kenyataan.

“Sukar untuk kita bermain bola sepak yang berkualiti apabila ‘banyak katak melompat di atas padang’,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Super, Kelantan menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Pengendali kelahiran Melaka itu menjelaskan, keadaan padang tidak rata turut memaksa pasukan kendaliannya bermain dengan corak ‘direct football’ yang memenatkan dan kurang menarik untuk dinikmati penyokong di stadium.

Katanya, keadaan tersebut sememangnya perlu mendapat perhatian dan satu langkah segera sepatutnya diambil bagi meratakan kembali padang tersebut.

“Kalau kita bermain ‘direct football’ bolehlah sebab kita hantar bola ke depan dan berharap pasukan lawan buat silap. Tetapi kita mahu main bola yang menarik dan berkualiti dan ia memerlukan keadaan padang rata serta berkualiti.

“Saya bukan kata padang itu tidak cantik tetapi tidak rata dan bola sentiasa melantun-lantun dan ia tidak membolehkan kita mempersembahkan corak permainan berkualiti dan bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Utusan Malaysia melaporkan Perak FC masih gagal mencari kemenangan pertama selepas mengharungi tiga perlawanan apabila seri 0-0 dengan Kelantan United FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Perak FC memulakan saingan Liga Super musim ini dengan kekalahan 1-4 kepada Kedah Darul Aman, diikuti seri tanpa jaringan dengan PDRM FC pada aksi kedua.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.