Axelsen menangis ditewaskan Tze Yong di All England 2023

Axelsen menangis sejurus ditewaskan Tze Yong di All England 2023

Viktor Axelsen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Pemain No. 1 Dunia, Viktor Axelsen tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewannya sejurus selepas ditunjukkan jalan keluar oleh perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ketika pusingan kedua Kejohanan All England 2023 semalam.

Tze Yong yang tampil buat kali pertama di kejohanan badminton tertua di dunia itu melakar kejutan untuk menang dengan keputusan 21-15, 9-21, 23-21 dalam tempoh 69 minit, sekaligus mara ke peringkat suku akhir hari ini.

Bagi Axelsen, ia satu keputusan yang perit buat penyandang juara itu dan matanya bergenang dengan linangan air mata ketika ditemubual oleh pihak media sejurus selepas perlawanan tamat.

“Anda nak lakukan yang terbaik bukan? Saya sudah berikan segalanya untuk perlawanan ini, jadi tentunya saya berasa sedikit emosi.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Ng Tze Yong, saya rasa dia bermain dengan bagus hari ini (semalam). Saya mahu lakukan yang terbaik tetapi hari ini (semalam) bukan hari saya.

“Ini adalah kejohanan yang amat istimewa untuk saya, ia juga merupakan antara kejohanan yang terbesar, jadi saya mahu lakukan yang terbaik. Apabila anda gagal, ia merupakan satu situasi yang sukar.

“Dia beraksi dengan baik, manakala saya pula banyak melakukan kesilapan. Tiada apa yang boleh saya katakan, cuma ada pemenang dan yang kalah dan hari ini memang Tze Yong layak untuk memenanginya,” jelas Axelsen.

Tze Yong akan turun berentap dengan pemain China, Li Shi Feng, manakala seorang lagi wakil negara, Lee Zii Jia yang turut meneruskan kemaraan ke suku akhir akan membuat perhitungan dengan wakil Jepun, Kodai Naraoka yang menewaskannya ketika Terbuka Malaysia Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya