Arsenal mahu jual Pepe, tujuh pemain

Arsenal mahu jual Pepe, tujuh pemain

NICOLAS PEPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal bersedia melepaskan pemain termahal pasukan, Nicolas Pepe yang bernilai 72 juta pound (RM389 juta), namun bimbang masih perlu membayar untuk memastikan pemain itu meninggalkan Gunners.

Pemain sayap berusia 27 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Pe­rancis, Nice bukanlah dalam agenda pengendali pasukan, Mikel Arteta.

Bagaimanapun dia masih mempunyai baki kontrak setahun yang menyaksikan bintang Ivory Coast ini menerima gaji 140,000 pound (RM757,977) seminggu, dan belum menerima tawaran daripada mana-mana kelab.

Nice yang dimiliki pembida utama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe telah menyatakan hasrat untuk menandatangani Pepe secara tetap pada musim panas ini.

Begitupun, mereka tidak bersedia berbelanja besar untuk Pepe yang pernah mencatat rekod sebagai pemain termahal dibeli Arsenal pada 2019 daripada Lille.

Gaji Pepe menjadi penghalang untuk dia dirisik mana-mana pasukan, dan Arsenal masih perlu membayar sekitar 7 juta pound (RM38 juta) yang tertunggak daripada kontrak pembeliannya.

Sejak Arteta dilantik menge­ndalikan Arsenal pada 2019, beberapa nama besar seperti Mesut Ozil, Pierre-Emerick Aubameyang, Alex Lacazette, Henrikh Mkhitaryan, Shkodran Mustafi, Sokratis Papastathopoulos, Sead Kolasinac, Hector Bellerin, Calum Chambers dan David Luiz mening­galkan pasukan tanpa bayaran.

Jika Pepe mengikut jejak langkah mereka, ia bakal menjadi pembelian bernilai 340 juta pound (RM1.8 bilion) yang sia-sia.

“Jika ada pemain yang berumur 26 tahun ke atas dan tidak menampilkan aksi bagus, pemain itu adalah beban kepada pasukan,” jelas pengarah sukan Arsenal, Edu Gaspar.

Selain Pepe, beberapa pemain yang kini dipinjamkan Arsenal mungkin tidak akan kembali, antaranya Ainsley Maitland-Niles, Sambi Lokonga, Nuno Tavares, Pablo Mari, Cedric Soares dan Alex Runarsson.

Status Kieran Tierney, Rob Holding dan Folarin Balogun pula tidak dapat dipastikan kerana Arteta sedang berusaha membina pasukan lebih ampuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya