United ikat Barcelona di Camp Nou

United ikat Barcelona di Camp Nou

RASHFORD (baju putih) melakukan rembatan ke gawang Barcelona untuk gol penyamaan buat Manchester United dalam aksi Liga Europa.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Barcelona dan Manchester United terikat 2-2 dalam perlawanan playoff Liga Europa yang mendebarkan ketika Juventus pula dikecewakan Nantes apabila mencatat keputusan seri 1-1.

Aksi di Camp Nou menemukan dua gergasi Eropah yang pernah bertemu dalam dua final Liga Juara-Juara pada 2009 dan 2011, malah kedua-dua pasukan kini berada dalam prestasi terbaik liga domestik.

Selepas babak pertama buntu tanpa jaringan, pendahulu La Liga, Barcelona mendahului perlawanan lima minit memasuki separuh masa kedua hasil tandukan Marcos Alonso.

Bagaimanapun, United menyamakan kedudukan tiga minit kemudian apabila Marcus Rashford menewaskan penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen untuk gol ke-13nya dalam 15 perlawanan sejak Piala Dunia.

BARCELONA gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri.-AFP

Kelab Liga Perdana itu kemudian mendahului sejam kemudian menerusi jaringan sendiri Jules Kounde tetapi hantaran lintang Raphinha pada minit ke-76 memastikan keputusan seri untuk Barca di hadapan lebih 90,000 penonton.

“Saya fikir ia perlawanan yang hebat. Dua pasukan saling menyerang, saya fikir ia seperti aksi Liga Juara-Juara, malah lebih daripada itu.

“Kami perlu menamatkan permainan di Old Trafford,” kata pengendali United, Erik ten Hag.

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez bagaimanapun tidak berpuas hati kerana percaya pasukannya patut mendapat penalti kerana bola terkena tangan Fred.

“Penalti dicuri. Saya tidak tahu kenapa mereka tidak memberikan penalti untuk bola yang terkena tangan sekarang. Ia kelihatan luar biasa kepada saya. Luar biasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya