United bakal jadi aset baharu negara Arab dalam EPL

United bakal jadi aset baharu negara Arab dalam EPL

SYARIKAT yang mendapat sokongan kerajaan Qatar dikatakan berminat untuk mengambil alih Manchester United selepas pemiliknya meletakkan kelab itu di pasaran untuk dijual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Prospek pemilik baharu Manchester United memiliki masa sehingga esok untuk menyatakan minat mereka membeli kelab berkenaan dengan khabar angin bahawa terdapat bidaan dari Qatar.

Pemilik United dari Amerika Syarikat (AS), keluarga Glazer membuka pintu untuk pelaburan baharu di kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada November, dalam bentuk saham minoriti atau pengambilalihan sepenuhnya.

Glazer yang kurang popular dalam kalangan penyokong sejak membuat hutang besar 790 juta pound pound (RM4.1 bilion) ketika mengambil alih kelab pada 2005 sudah bersedia untuk menjual bagi mendapatkan keuntungan besar.

Menurut laporan, mereka mahukan 6 billion pound (RM31.8 bilion) buat juara Eropah tiga kali itu dan sekiranya proses berkenaan berjaya, ia mampu memecahkan rekod dicipta untuk pembelian sebuah kelab bola sepak oleh Chelsea tahun lalu.

Lelaki terkaya Britain, Sir Jim Ratcliffe yang juga pemilik syarikat gengasi petrokimia, Ineos yang turut memiliki kelab Perancis, Nice sudah menyatakan secara terbuka sebagai pembeli berpotensi United.

SIR JIM RATCLIFFE

Begitupun, ia tidak dapat mengelak dakwaan bidaan yang mendapat sokongan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani.

Qatar sudah ada pengaruh yang kuat dalam bola sepak Eropah menerusi Paris Saint-Germain (PSG).

“Pelaburan Qatar dalam PSG amat berjaya tetapi tiada liga sukan di dunia yang memiliki pendedahan global seperti EPL (Liga Perdana Inggeris).

“Justeru, minat mendapatkan Manchester United menjadikan ia tidak mustahil,” kata Danyel Reiche, profesor berhubungan antarabangsa Universiti Georgetown, Qatar.

Dalam masa sama, pemilikan United juga membolehkan Qatar bersaing dengan jiran mereka, Abu Dhabi dan Arab Saudi yang memiliki pegangan dalam bola sepak England.

Pelaburan Abu Dhabi di Manchester City mengubah kelab itu menjadi kuasa besar di EPL apabila menang enam gelaran dalam 11 musim.

Newcastle United juga cemerlang di kedudukan keempat dan final Piala Liga pertama kali dalam 47 tahun hanya 16 bulan selepas menerima dana lumayan Arab Saudi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya