LONDON: Mikel Arteta memuji kemenangan penting 1-0 Arsenal ke atas Leicester City, yang sekurang-kurangnya meletakkan Gunners dengan kelebihan dua mata di puncak Liga Perdana Inggeris.
Jaringan Gabriel Martinelli dua minit memasuki babak kedua memadai untuk memastikan tiga mata diraih dalam aksi sengit di Stadium King Power.
“Saya fikir, melihat tempoh kami menguasai bola, mengawal permainan dan peluang yang dicipta pada suku ketiga, kami patut boleh menjaringkan lebih banyak gol.
“Apabila anda tidak melakukannya, anda perlu menakjubkan ketika bertahan dan kami hanya melepaskan satu cubaan. Dalam bertahan kami menakjubkan
“Pertahanan lawan sangat cemerlang tetapi saya gembira untuk datang ke sini dan menang.
“Kemenangan ini amat besar maknanya dalam perebutan gelaran,” kata pengurus Gunners, Arteta.
✅ Back-to-back away wins
📺 Watch the best of the action from our victory over Leicester City 👇 pic.twitter.com/GQhxqXCTKL
— Arsenal (@Arsenal) February 25, 2023
Arsenal tidak boleh keciciran mata untuk mengelak daripada dihukum Manchester City yang terus menghambat selepas menang 4-1 ke atas Bournemouth. – AGENSI