Tidak mudah jadi atlet terbaik – Pandelela

Tidak mudah jadi atlet terbaik – Pandelela

PANDELELA Rinong bersama Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2021 . - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengakui, kejayaan menjulang gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali keempat amat bermakna kerana ia adalah pengiktirafan kepada usaha kerasnya selama ini. 

Pandelela yang pernah memenangi anugerah tersebut pada 2011, 2013 dan 2015 berkata, tidak mudah menjadi atlet terbaik dan mewakili negara ke peringkat dunia. 

Antara kejayaan terbesar Pandelela yang membolehkannya menerima gelaran tertinggi dalam Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 meraih emas dalam acara 10 meter (m) platform individu pada Piala Dunia FINA di Jepun.

Pemilihan Pandelela itu sekali gus mengenetepikan empat calon lain iaitu Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) serta Nur Amisha Azril Rizal (muaythai).

“Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menganjurkan anugerah ini dan terima kasih kerana memilih saya untuk menerima anugerah Olahragawati Negara.

“Saya rasa tidak mudah untuk menjadi atlet dan wakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, menjadi lumrah apabila menang dipuji dan apabila kalah tahu tahulah. 

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada saya bermula dari bawah hingga sekarang,” kata Pandelela.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya