Syazras buat bapa bangga

Syazras buat bapa bangga

Shahrol Syazras (dua, kanan) meraikan kejayaan menjuarai perlumbaan CP 150 bersama bapanya, Shahrol Yuzy (dua, kiri) pada pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. - IHSAN CUB PRIX MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Anak kepada legenda pemotoran negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini iaitu Shahrul Syazras akhirnya menamatkan penantian untuk menaiki podium apabila mengungguli pusingan pertama Cub Prix 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Syazras yang beraksi untuk pasukan bapanya, Honda Yuzy Estremo mempamer gandingan ampuh bersama bekas juara 2021, Azroy Hakeem Annuar yang membantunya menghalang beberapa asakan pesaing lain, terutama dari pasukan CKJ Racing.

Selepas 11 pusingan, Syazras berjaya menjarakkan diri dengan kelompok besar pelumba untuk melintasi garisan penamat sebagai juara dengan catatan 14 minit 33.768 saat, sementara tempat kedua diraih, Afif Amran dari Yamaha CKJ Racing, dengan Azroy ketiga.

Kemenangan dramatik itu turut menyaksikan bapanya, Sharol Yuzy menitiskan air mata dan melakukan sujud syukur selepas anaknya dinobatkan sebagai juara.

Ini kejayaan terbesar diraih Syazras sejak mula beraksi di kancah Cub Prix pada 2017.

“Bagi saya ketika pusingan terakhir tadi, saya perasaan kebanyakkan pelumba sangat perlahan, jadi saya fikir mungkin strategi mereka tidak mahu kedepan untuk terajui perlumbaan, jadi saya ambil peluang itu dan memanfaatkannya sehingga ke garisan penamat.

“Memang ini adalah sebahagian daripada perancangan pasukan, dan terima kasih rakan sepasukan saya, Azroy (Hakeem Annuar) yang membantu saya sepanjang perlumbaan dan membantu membuka ruang buat saya ke hadapan,” jelas Syazras.

Aksi kategori CP 125 pula menyaksikan pelumba Yamaha Maju Motor, Syafiq Rosli melaung amaran untuk bergelar juara apabila menakluki perlumbaan di Sepang.

Pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix akan bersambung di Litar Jempol, Negeri Sembilan pada 11 hingga 12 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya