Susah nak main selepas hilang dua tonggak

Susah nak main selepas hilang dua tonggak

PENYERANG Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak (kiri) bersaing dengan pemain Kedah Darul Aman, Bojan Ciger dalam perlawanan Liga Super di Ipoh malam tadi. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kalah aksi sulung Liga Super amat mengecewakan, namun dengan kehilangan dua tonggak akibat layangan kad merah memang menyukarkan Perak FC untuk melakukan sesuatu, kata Ketua Jurulatih Bos Gaurus, Datuk Lim Teong Kim.

Teong Kim memuji pemainnya yang menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) kelmarin, namun penyingkiran Ahmad Haziq Ahmad Puad (minit ke-36) dan Sunday Afolabi (78) menyebabkan mereka tewas 1-4 di laman sendiri.

“Perak berjaya memberi saingan kepada pelawat tetapi bukan mudah bermain dengan kurang dua pemain.

“Ini sesuatu yang cukup pahit dan sukar untuk ditelan tetapi terpaksa diterima,” katanya.

PEMAIN Kedah, Lee Tuck (kiri) bersaing dengan Sunday Afolabi dari Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Teong Kim juga berharap anak-anak buahnya belajar daripada kesilapan agar ia tidak mengulangi perkara sama pada masa akan datang.

“Jika sudah kutip satu kad kuning perlulah berhati-hati kerana berisiko dilayangkan kad kedua.

“Pemain kena bijak dan tidak terlalu mengikut perasaan,” katanya.

Jurang antara dua pasukan itu juga terserlah kerana ketika skuad Sang Kenari membariskan lima import dalam kesebelasan utama, Perak FC hanya meletakkan dua import dan empat pemain bawah 23 tahun (B-23). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN