Polis siasat kes kecurian 30 tong abu mayat, pemerasan - Utusan Malaysia

Polis siasat kes kecurian 30 tong abu mayat, pemerasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes kecurian dan pemerasan berkaitan tong abu mayat di sebuah taman peringatan di Nilai, di sini yang dilaporkan hilang pada 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kejadian itu dilaporkan selepas pihak pengurusan taman peringatan itu mendapati 30 tong abu mayat telah hilang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menghubungi pihak pengurusan menggunakan nombor luar negara serta mendakwa telah menjumpai abu mayat berkenaan.

“Suspek kemudian membuat tuntutan bayaran sebagai syarat bagi memulangkan abu mayat tersebut.

“Setakat ini, siasatan sedang giat dijalankan termasuk usaha mengenal pasti suspek serta mengesan rangkaian komunikasi yang digunakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, kes tersebut melibatkan elemen komunikasi rentas negara dan penggunaan teknologi digital justeru pihaknya sedang mendapatkan bantuan teknikal daripada agensi berkaitan.

Sehubungan itu, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 380, 384 dan 297 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN