‘Saya bukan diturunkan pangkat’

‘Saya bukan diturunkan pangkat’

MISBUN Sidek (tengah) bersama para pemain dan pegawai skuad badminton Ehime yang mengadakan sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam. – IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengarah Pembangunan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek menyangkal dakwaan beliau diturunkan pangkat apabila tidak lagi memegang kuasa penuh untuk skuad remaja negara.

Misbun menjelaskan beliau diberi peranan baharu dan pengkhususan kepada perseorangan remaja, sementara skuad beregu akan dikendalikan oleh Rexy Mainaky yang ketika ini bertindak sebagai Pengarah Kejurulatihan Beregu ABM.

Dalam kata lain, peranannya seperti ketua jurulatih perseorangan, dan masih dibantu beberapa jurulatih, dengan beliau hanya akan menjawab serta melaporkan segala perkembangan terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif ABM, Michelle Chai.

“Bukan pasal lucutkan jawatan atau apa, kerana memang tidak ada isu itu tetapi ini struktur kejurulatihan baharu daripada ABM iaitu yang diterajui oleh Unit Berprestasi Tinggi, dan acara perseorangan dan beregu itu sememangnya telah diberikan pengkhususan.

“Jadi bila saya diberikan pe­ranan baharu, ia lebih memudahkan tugas saya untuk memberi tumpuan kepada satu bidang dalam perseorangan remaja.

“Sebab itu, bila kita tidak menampilkan persembahan terbaik pada Kejohanan Remaja Dunia, saya dah buat analisa dan akan cuba merangka dan menambah sistem latihan selain membentuk semula pemain remaja baharu.

“Kita sudah mulakan persiapan rapi menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat, Oktober depan.

“Pemain akan terbang ke Eropah menghadapi tiga kejohanan di sana,” katanya selepas skuad remaja negara mengharu­ngi aksi persahabatan menentang skuad remaja Ehime, Jepun di ABM, Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, Michelle menjelaskan rombakan tersebut terpaksa dibuat ekoran keputusan buruk dilakar negara ketika menyertai Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol Oktober lalu.

Tiada wakil Malaysia berjaya mara ke suku akhir, manakala aksi dalam berpasukan campuran pula menyaksikan skuad negara mengakhiri saingan di kedudukan kesembilan keseluruhan

Dalam masa sama, Misbun enggan terburu-buru mencari pengganti jurulatih bawah 15 tahun negara, Hafiz Hashim serta Vountus Indra Mawan, jurulatih bawah 18 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya