KJ sah sertai JDT

KJ sah sertai JDT

GAMBAR dan kenyataan yang dimuat naik di laman sosial milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Penasihat Belia Johor berkuatkuasa serta merta.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrtahim menerusi hantaran di laman sosial rasminya.

Sebelum ini heboh di media sosial apabila Tunku Ismail memuat naik hantaran di insta story peribadinya yang menawarkan jawatan kepada Khairy.

Khairy juga turut membalas hantaran itu yang jika dilihat seakan memberikan bayangan bersetuju dengan tawaran untuk menyertai keluarga JDT.

“Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor,” tulis kenyataan di laman sosial rasmi Tunku Ismail.

Sementara itu, laman rasmi JDT menerusi satu kenyataan juga turut mengucapkan selamat datang kepada Khairy.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah kelab selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“JDT juga mengucapkan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” tulis kenyataan media itu.

Perlantikan ini juga pastinya bakal menjadi satu lagi dimensi baharu buat juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu untuk mengharungi musim baharu yang akan bermula pada 24 Februari 2023.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya