Ronaldo jatuh ke tangga 51 terbaik dunia

Ronaldo jatuh ke tangga 51 terbaik dunia

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lionel Messi merampas status pemain bola sepak lelaki terbaik, sementara pe­saing tradisinya, Cristiano Ronaldo mengalami kejatuhan 43 anak tangga.

Barisan panel yang terdiri daripada pakar bola sepak menulis se­narai pemain terbaik tahunan untuk akhbar The Guardian, di mana ­Robert Lewandowski berada pada kedudukan teratas pada 2021 sebelum dirampas oleh Messi.

Pencapaian itu dibantu oleh prestasi cemerlang Messi bersama kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dan kejayaan membawa Argentina menjulang Piala Dunia 2022, selain kejatuhan Ronaldo.

Dengan Messi, 35, berada di kedudukan teratas, seorang lagi rakan sepasukannya di PSG yang juga naib juara Piala ­Dunia 2022, Kylian Mbappe menghuni tangga kedua setelah menja­ringkan hatrik bersama Perancis dalam final di Qatar.

LIONEL Messi meraikan kejayaan memenangi Piala Dunia 2022.

Pemenang Ballon d’Or yang membawa Real Madrid merangkul Liga Juara-Juara, Karim Benzema menduduki tempat ketiga walaupun terlepas ­Piala Dunia ekoran kecederaan, manakala penyerang sensasi Manchester City, Erling Haa­land pula di tempat keempat.

Perancang utama Real, Luka Modric kembali dalam kelompok lima teratas, manakala nama besar seperti Kevin de Bruyne, Lewandowski, ­Vinicius Junior, Thibaut Courtois dan Mohamed Salah semuanya berada pada kedudukan 10 terbaik.

Ronaldo terlibat dalam kontroversi dengan Manchester United yang memaksanya meninggalkan Old Trafford lebih awal.

RONALDO diketepikan daripada kesebelasan utama dalam beberapa aksi Piala Dunia.

Dia juga diketepikan daripada kesebelasan utama untuk beberapa perlawanan Piala Dunia bersama Portugal hingga menyebabkannya jatuh dari kedudukan kelapan pada 2021 ke tangga ke-51 untuk 2022.

Meskipun pernah menyatakan minat menyertai kelab yang bertanding dalam Liga Juara-Juara, namun dia berpindah ke Al-Nassr di Arab Saudi dengan menegaskan tugasnya di Eropah sudah selesai.

Berusia 37 tahun, Ronaldo berada dua tempat di belakang Sofyan Amarabat (Maghribi/ Sofyan Amarabat) dan satu belakang di belakang Cody Gakpo (Belanda/Liverpool).

Sadio Mane dan Neymar pula berada di tempat ke-11 dan ke-12, dengan Harry Kane ke-13, Casemiro 15 dan Bukayo Saka di tempat ke-22. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya