Rashford mahu jadi igauan Barcelona

Rashford mahu jadi igauan Barcelona

MARCUS Rashford (kanan) menjalani latihan akhir bersama rakan sepasukan semalam menjelang pertemuan playoff kedua Liga Europa menentang Barcelona esok. - MANCHESTER UNITED FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ketajaman Marcus Rashford ketika ini membawa Manchester United di landasan terbaik untuk menjulang trofi pertama mereka sejak 2017

Red Devils berpeluang menamatkan penantian enam tahun tanpa gelaran apabila menentang Newcastle United dalam final Piala Liga, Isnin depan.

Bagaimanapun, mereka perlu terlebih dulu berdepan Barcelona dalam playoff kedua Liga Europa esok.

Rashford meledak satu gol ketika membantu United mengikat Barca 2-2 di Camp Nou, minggu lalu.

Dia meledak dua lagi gol dalam penampilan terakhir ketika United membenam Leicester City 3-0 dalam saingan liga, Ahad lalu.

Rashford telah merekodkan 24 jaringan setakat ini, sekali gus pencapaian terbaik sepanjang kariernya.

“Saya tidak fikir untuk mengekalkan rentak permainan.

“Saya sentiasa cuba memberi tentangan, memperbaiki kekura­ngan dan menawarkan yang terbaik kepada pasukan,” kata Rashford.

Sementara itu, Ten Hag berharap pemainnya akan menyerap ‘aura’ Old Trafford untuk mengecewakan Barcelona esok.

“Ia perlawanan pen­ting, jadi pastikan anda berada di sana.

“Kita akan cuba menewaskan Barcelona bersama-sama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.