Penang FC kekalkan warna 'keramat' biru untuk jersi 2023

Penang FC kekalkan warna ‘keramat’ biru untuk jersi 2023

JERSI baharu Penang FC untuk musim 2023.

PETALING JAYA: Warna biru kekal menjadi pilihan Penang FC sebagai jersi utama yang bakal digunakan pasukan itu dalam perlawanan di laman sendiri pada Liga Malaysia (Liga M) 2023.

Skuad Harimau Kumbang hari ini melancarkan jersi baharunya hanya beberapa jam sebelum aksi pramusim menentang kelab Singapura, Geylang International FC dalam saingan Piala Harapan di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pukul 9 malam ini.

“Legasi dan tradisi negeri Pulau Pinang disambung..! Warna biru kekal sebagai lambang perpaduan penyokong setia Harimau Kumbang yang berbilang kaum dan bersatu padu..!

“Demi satu kebanggaan, untuk negeri kita,” tulis Penang FC dalam media sosial rasmi mereka hari ini.

Menurut Penang FC, warna biru, putih dan kuning diinspirasikan daripada bendera Pulau Pinang.

Sementara itu, warna kuning yang memberi ‘kehangatan’ serta melambangkan kemakmuran Pulau Pinang dipilih sebagai warna jersi perlawanan di tempat lawan.

Skuad Haria Penang Haria yang akan memakai jersi keluaran Kaki Jersi juga memilih warna merah jambu dan hijau untuk jersi penjaga gol. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN