Misi United buru trofi 'quadruple' makin menyala

Misi United buru trofi ‘quadruple’ makin menyala

MANCHESTER United menjulang trofi pertama dalam tempoh enam tahun dengan muncul juara Piala Liga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Legenda Manchester United, Paul Scholes percaya, Red Devils mampu memenangi empat piala selepas menumbangkan Barcelona untuk melangkah ke pusingan 16 akhir Liga Europa semalam.

United bangkit daripada ke­tinggalan untuk menang 2-1 ke atas gergasi bola sepak Sepanyol itu di Old Trafford, sekali gus meneruskan kemaraan secara agregat 4-3.

Ketika seri 2-2 di Camp Nou minggu lalu, Scholes berkata: “Misi memburu quadruple ­(empat trofi) masih menyala.”

Tujuh hari kemudian, dia mengulangi mesej itu dengan mengatakan, dalam lima liga terbaik di Eropah, United satu-satunya kelab yang masih boleh memenangi empat piala.

“Mereka berada di sana. Persaingan tidak mudah tapi siapa tahu,” kata Scholes.

ANTONY meraikan gol kedua Manchester United.

Gol babak kedua menerusi Fred dan Antony memastikan United bangkit daripada ke­tinggalan di minit ke-19 hasil penalti Robert ­Lewandowski.

Itu bermakna United akan berdepan Newcastle pada final Piala Liga, Isnin ini bersama rekod tidak kalah sembilan perlawanan, sekali gus mence­rahkan peluang merangkul trofi pertama dalam tempoh enam tahun.

United kemudian akan me­layani kunjungan West Ham pada pusingan kelima Piala FA, Rabu ini.

Anak-anak buah Erik ten Hag kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 49 mata, lima mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Mereka masih mampu memintas Gunners jika konsisten dalam baki perlawanan yang panjang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.