Messi, Mbappe, Benzema bersaing Pemain Terbaik Dunia

Messi, Mbappe, Benzema bersaing Pemain Terbaik Dunia

LIONEL Messi yang mengetuai Argentina muncul juara Piala Dunia dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seperti dijangka, Lionel Messi yang membantu Argentina muncul juara Piala Dunia tahun lalu mengetuai senarai calon akhir anugerah Pemain Terbaik FIFA 2022.

Pemain berusia 35 tahun itu akan bersaing dengan rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, selain penyerang Real Madrid yang juga penerima anugerah Ballon d’Or 2022, Karim Benzema.

Messi dan Mbappe dianggap calon pilihan untuk memenangi gelaran Pemain Terbaik Dunia 2022 selepas menyinar bersama negara masing-masing pada Piala Dunia di Qatar.

KYLIAN MBAPPE

Messi membawa Argentina muncul juara Piala Dunia dengan mengalahkan Perancis yang diketuai Mbappe menerusi penentuan sepakan penalti.

Dia menyumbang tujuh gol dalam kejohanan itu sekali gus memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia buat kali kedua.

Begitupun, Mbappe, 24, turut menyinar dalam perlawanan akhir dengan meledak hatrik dan muncul penjaring terbanyak kejohanan.

Badan bola sepak dunia, FIFA juga mengumumkan pencalonan Jurulatih Terbaik 2022, di mana Carlo Ancelotti (Real Madrid), Pep Guardiola (Manchester City) dan pengendali Argentina, Lionel Scaloni berada dalam senarai akhir.

ALEXIA PUTELLAS

Sementara itu, pemain tengah Sepanyol, Alexia Putellas dijangka merangkul anugerah Pemain Wanita Terbaik buat kali kedua meskipun tidak begitu aktif sejak Julai ekoran kecederaan lutut.

Penyerang England, Beth Mead dan bintang Amerika Syarikat, Alex Morgan turut dicalonkan untuk kategori wanita 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.