Liverpool didesak buang enam tonggak, beli pemain baharu

Liverpool didesak buang enam tonggak, beli pemain baharu

LIVERPOOL dijangka melakukan rombakan besar-besaran sebaik sahaja musim ini berakhir, Jun nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool yang be­risiko menutup kempen tanpa sebarang trofi didesak membuang enam pemain menjelang perpindahan musim panas ekoran kekalahan memalukan 2-5 kepada Real Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara kelmarin.

Kekalahan itu meletakkan Reds dalam situasi apabila bertandang ke Santiago Bernabeu untuk aksi timbal balik, 16 Mac depan.

Bekas pemain tengah ­Li­verpool, Danny Murphy mahukan perubahan besar dilakukan dalam kem Reds bermula dengan menggugurkan Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain, James Milner, Fabinho, Joel Matip serta ­seorang penyerang.

“Perubahan besar perlu dilakukan, saya rasa akan ada lima hingga enam pemain dilepaskan pada musim panas depan dan saya rasa Jurgen (Klopp) sedar tentang perkara ini.

“Dia akan mendapat peluang untuk memperbaiki masalah dan berhak diberi ruang untuk menyelesaikannya.

“Saya rasa ada pemain yang se­dar mereka da­lam posisi itu, terutama yang sudah pun berada di penghujung kontrak mereka di sini atau karier mereka,” jelas Murphy.

Cody Gakpo, 23, satu-satunya pemain baharu yang dibawa masuk Klopp pada jendela perpindahan terakhir.

Begitupun, Murphy perca­ya, kemasukan bintang antarabangsa Belanda itu ­hanya memberi pilihan di jentera serangan pasukan tetapi tidak mengatasi kepincangan bahagian tengah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya