Lee Zii Jia 'laku keras', kini duta LG

Lee Zii Jia ‘laku keras’, kini duta LG

LEE Zii Jia (kanan) bersama Justin Choi dalam majlis pengumuman pemain itu sebagai duta produk LG. - IHSAN LG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi Lee Zii Jia mungkin kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini, namun jaguh badminton perseorangan negara itu tetap ‘laku keras’ dan menjadi buruan penaja.

Hari ini, pemain No. 4 dunia itu meraih tonik terbaik dalam persiapan memburu pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 apabila diumumkan sebagai duta produk syarikat elektronik kedua terbesar Korea Selatan, LG.

Menurut Zii Jia, tempoh penajaan yang akan berlangsung selama dua tahun sehingga temasya Olimpik Paris mampu melonjakkan semangatnya untuk menamatkan kemarau emas Malaysia di temasya itu.

“Saya rasa sebagai seorang pemain profesional, memang memerlukan dana untuk latihan dan kesemuanya, malah kos bertanding di luar negara juga sangat mahal ketika ini .

“Jadi dengan kehadiran jenama besar sebegini ia diharap akan menaikkan semangat saya selepas ini,” katanya dalam majlis pengumuman hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, menjalin kerjasama dengan juara All England itu adalah pengalaman yang mengujakan.

“Keghairahan, ketabahan dan komitmennya untuk mengejar impian serta menerajui gaya hidup sihat adalah gambaran hebat bagi intipati jenama itu.

“Kami yakin Zii Jia akan memacu dan membuka laluan kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih bijak dan lebih baik melalui teknologi dan produk kami,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya