Josue tunggu panggilan Pan-gon

Josue tunggu panggilan Pan-gon

PAULO JOSUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teruja mendapat ‘kad pengenalan’ Malaysia, Paulo Josue bersedia dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya pada bila-bila masa sebagai pemain naturalisasi.

Berusia 33 tahun, pemain tengah kelahiran Brazil itu baru sahaja menerima kerakyatan selepas beraksi dan tinggal di Malaysia sejak 2017 bersama skuad The City Boys.

Biarpun belum mendengar berita daripada skuad kebangsaan, Josue amat berharap dapat memikat pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk aksi antarabangsa menentang Hong Kong dan Turkmenistan di Johor Bahru, bulan depan.

AKSI Paulo Josue (dua, kanan) ketika membantu Kuala Lumpur City menentang Penang FC dalam aksi pembukaan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID

“Perasaan berbeza apabila bermain sebagai pemain Malaysia. Hari ini, saya adalah warga Malaysia.

“Saya sangat gembira untuk membawa sesuatu kepada pasukan dan kelab.

“Saya tidak dapat apa-apa panggilan lagi secara rasmi tetapi saya sedia untuk berikan yang terbaik jika dipanggil kelak.

“Sekarang, fokus saya adalah membantu KL City dan beri perhatian sepenuhnya dalam semua perlawanan bagi memastikan kelab ini menang setiap aksi,” katanya selepas membantu KL City menentang Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Aksi pertama Liga Super itu menyaksikan KL City terpaksa berpuas hati seri 2-2 dengan Penang FC, yang mana kedua-dua gol tuan rumah disumbangkan Josue pada minit ke-14 dan ke-71.

AKSI Paulo Josue ketika membantu Kuala Lumpur City menentang Penang FC dalam aksi pembukaan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID

“Perasaan dapat meledak dua gol memang sangat gembira, apa­tah lagi sekarang saya bermain dengan status tempatan. Dua gol itu kini bukan lagi sebagai pemain import,” kata kapten KL City itu.

Selain Josue, Harimau Malaya juga mendapat seorang lagi pilihan naturalisasi selepas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick dos Santos turut menerima kerakyatan.

Itu bermakna, Malaysia kini mempunyai tujuh pemain naturalisasi dalam pasaran selepas Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Lee Tuck dan Sergio Aguero.

Ia memberi lebih pilihan kepada Pan-gon untuk memilih barisan pemain bagi menghadapi Piala Asia di Qatar, Januari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN