Hartawan Iran-AS mahu beli Tottenham pada harga RM16.45 bilion

Hartawan Iran-AS mahu beli Tottenham pada harga RM16.45 bilion

JUTAWAN Iran-Amerika, Jahm Najafi bersedia untuk membeli Tottenham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hartawan Iran-Amerika, Jahm Najafi dilaporkan sedang menyediakan bidaan pengambilalihan kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham bernilai 3.1 bilion pound (RM16.45 bilion).

Pendedahan itu dibuat oleh Financial Times hari ini, yang memetik dua sumber yang mengetahui secara langsung rancangan tersebut.

Najafi yang merupakan pengerusi MSP Sports Capital sedang bekerjasama dengan konsortium untuk menyediakan struktur bidaan besar dan kumpulan itu dijangka menemui pemilik Spurs, Joe Lewis serta pengerusi kelab, Daniel Levy dalam beberapa minggu akan datang.

Najafi, 60, pemegang saham minoriti kelab Liga Bola Keranjang Nasional (NBA), Phoenix Suns adalah hartawan terbaharu dari Amerika Syarikat (AS) yang berminat memiliki kelab Liga Perdana Inggeris.

Selain merupakan ahli lembaga NBA, dia juga naib pengerusi pasukan Formula Satu (F1), McLaren Racing.

Tawaran Najafi akan distrukturkan supaya 70 peratus daripada harga pembelian dikemukakan oleh MSP dan rakan kongsi yang dibentuk, manakala 30 peratus lagi dimiliki penyokong dari Asia Barat yang kebanyakannya berpangkalan di Abu Dhabi.

Hartawan AS, Todd Boehly sebelum ini membentuk konsortium bersama kumpulan ekuiti persendirian, Clearlake Capital membeli Chelsea tahun lalu dengan harga sekitar 2.5 bilion pound (RM13.24 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya