Datuk Bandar Paris enggan sambut kehadiran atlet Russia

Datuk Bandar Paris enggan sambut kehadiran atlet Russia

DATUK Bandar Paris tidak mahu atlet Russia dibenarkan bertanding dalam Sukan Olimpik 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dia tidak mahu delegasi Russia hadir dalam Sukan Olimpik 2024 selagi perang di Ukraine masih berterusan.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah bekerjasama dengan persekutuan sukan antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan bagi memberi laluan yang membolehkan atlet Russia dan Belarus bersaing di Paris 2024 sebagai negara berkecuali di bawah syarat ketat.

Hidalgo memberitahu France Info: “Selagi perang berlaku, pencerobohan Russia ke atas Ukraine, amat mustahil untuk kita lakukan perarakan (Sukan Olimpik) seolah-olah tiada apa-apa terjadi, dengan membenarkan delegasi mereka datang ke Paris, sementara pengeboman masih diteruskan ke atas Ukraine.”

Bulan lalu, Hidalgo berkata, dia berpihak kepada rakyat Russia yang mengambil bahagian di bawah sepanduk neutral, namun kini menyatakan pandangan yang berbeza.

“Malah, (sepanduk neutral), tidak benar-benar wujud kerana kadang-kadang ada atlet yang menjadi penentang. Mereka berarak dan bersaing di bawah panji pelarian.

“Sepanduk neutral adalah subjek doping dan itu pilihan yang mereka buat. Saya tidak berpihak kepada pilihan itu. Saya merasakan perkara itu tidak senonoh,” katanya.

Hidalgo menegaskan, jika IOC membenarkan bendera Russia pada temasya itu, dia tetap tidak akan bersetuju dengan pendirian tersebut.

“Saya akan bercakap mengenai perkara ini sebelum (Sukan Olimpik berlangsung) kerana kita masih ada sedikit masa sebelum buat keputusan,” katanya.

Temasya empat tahun sekali itu dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos di ibu negara Perancis tahun hadapan.

IOC pada mulanya mengesyorkan agar persekutuan sukan antarabangsa mengecualikan atlet dari Russia dan Belarus, Februari lalu selepas pencerobohan yang berlaku ke atas Ukraine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN