Amira Othman, Fattah Amin sah jadi ‘rakan serumah’

Amira Othman, Fattah Amin sah jadi ‘rakan serumah’

ATTAH Amin dan Amira Othman pada Majlis Khatam al-Quran Setulus Takdir di Sepang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pasangan selebriti popular, Amira Othman dan Fattah Amin sah bergelar suami isteri dalam satu majlis ijab kabul yang berlangsung di Dewan Utama Golden Palm Tree, Sepang, malam tadi.

Kedua-dua mempelai yang sebelum ini melalui fasa per­kenalan sebagai rakan sekerja, akhirnya sepakat untuk menukar status hubungan kepada ‘rakan serumah’ setelah merasakan keserasian bersama.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup itu berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua pihak.

Menarik perhatian, lagu Rasa dan Takdir nyanyian Amira bersama adiknya, Irfan Haris dipilih sebagai lagu tema rasmi majlis perkahwinan yang menambah nilai sentimental acara itu.

Beberapa jam sebelum ber­ge­lar isteri, Amira, 31, terlebih dahulu mencuri perhatian ramai apabila tampil mengalunkan ayat suci al-Quran dalam Majlis Khatam al-Quran Setulus Takdir.

Dalam video yang dimuat naik oleh pihak Unifi di Instagram, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman dilihat mengenakan jubah berona coklat muda sambil memperdengarkan bacaan surah al-Kautsar dengan penuh penghayatan.

Majlis itu turut dipimpin oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor dan diserikan dengan bacaan selawat serta qasidah.

Turut kelihatan di majlis tersebut ialah Fattah yang hadir sedondon bersama Amira sambil mengenakan kopiah putih. Kedua-dua mereka turut menerima naskhah al-Quran sebagai tanda penghargaan daripada Ustazah Asni.

Beberapa rakan selebriti turut hadir menyerikan majlis antaranya Nabila Razali, Tasha Manshahar, Datin Paduka Umie Aida dan Betty Rahmad.

Pada 8 September, Fattah dan Amira mengumumkan mereka sudah bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Fattah berkata, pengumuman itu dilakukan sesuai dengan janjinya kepada rakan media untuk berkongsi berita gembira sekiranya mereka bakal berkahwin.

Fattah pernah mendirikan perkahwinan dengan pelakon, Nur Fazura sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×