Barcelona gerun ancaman Rashford

Barcelona gerun ancaman Rashford

PERTEMBUNGAN Barcelona-Manchester United menjadi tumpuan utama Liga Europa esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Andreas Christen­sen memberi amaran kepada Barcelona agar waspada dengan ancaman Marcus Rashford sambil memuji Erik ten Hag menjelang pertembungan menentang Manchester United pada playoff pertama, Liga Europa esok.

Barca berada pada prestasi terbaik apabila menerima kunjungan United dengan menerajui La Liga dan memenangi 11 aksi terakhir (semua pertandingan).

Begitupun pertahanan mereka, Christensen bimbang dengan bahaya yang mampu diberikan United sejak dibimbing Ten Hag kerana memenangi 12 daripada 15 perlawanan (semua kejohanan) sejak rehat Piala Dunia, terutama prestasi hebat Rashford.

Penyerang England berusia 25 tahun itu meledak 13 gol sejak musim bersambung dan Christensen menjangkakan ancaman bakal dihadirkan Rashford esok.

“Dia dalam prestasi hebat ketika ini. Saya amat menyukai­nya, saya suka cara dia bermain. Dia pemain yang berbahaya dan berkuasa,” kata Christensen.

Rashford telah meledak 21 gol musim ini dan mendapat manfaat cara Ten

 

UNITED TANPA MARTINEZ, SABITZER

Begitupun di sebaliknya aksi ampuh Rashford, United berlepas ke Sepanyol dengan ketiadaan dua tonggak, Lisandro Martinez dan Marcel Sabitzer.

Bek tengah Argentina, Marti­nez mengumpul tiga kad kuning di peringkat kumpulan, manakala pemain tengah yang baru dibawa masuk, Sabitzer mengumpul jumlah kad kuning sama ketika ber­aksi buat Bayern Munich.

Sementara itu, juara Eropah lima kali, Barcelona yang memburu trofi Europa buat kali pertama akan beraksi tanpa Ousmane Dembele dan Sergio Busquets.

Dengan ketiadaan Dembele yang mengalami masalah hams­tring, Gavi dijangka menyertai penjaring terbanyak, Robert Lewandowski dan Raphinha mengetuai jentera serangan.

Xavi dijangka tidak melakukan banyak perubahan di benteng ­selepas pertahanan mereka ­beraksi cemerlang sepanjang musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN