‘Bantu Yakeb untuk tolong bekas atlet’

‘Bantu Yakeb untuk tolong bekas atlet’

Noorul Ariffin Abdul Majeed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) percaya, kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mampu meyakinkan kerajaan agar memberi peruntukan setimpal dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Menerusi kepimpinan kerajaan sebelum ini, Yakeb dijanjikan dana RM3 juta serta pejabat baharu, selain tambahan RM5 juta menerusi pembentangan belanjawan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15  (PRU15) berlangsung.

Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan sebelum ini juga, industri sukan me­nerima peruntukan keseluruhan RM332 juta.

Presiden Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, dalam menghadapi keadaan kewangan yang amat mencabar tahun ini, yayasan itu memerlukan bantuan bagi menampung ahlinya, iaitu bekas-bekas atlet yang berada dalam kesusahan.

“Saya rasa YB Menteri Hannah Yeoh sangat prihatin dan sedang menekankan kebajikan bekas-bekas atlet. Jadi kami harap sangat satu bajet yang mantap dapat diberikan kepada Yakeb supaya dapat beri bantuan kepada bekas atlet.

“Di bawah Yakeb kami mempunyai 12 skim yang boleh membantu mana-mana bekas atlet yang berdaftar mengikut kategori yang diperlukan antaranya skim bantuan kewangan ahli, bantuan hospital, bantuan alat soko­ngan atau perubatan, khairat kematian, bantuan pelajaran dan bantuan melangsungkan perkahwinan.

“Baru-baru ini kita ada bantu bekas ­atlet golf, M. Ramayah yang kini menghidap kanser dan sebelum ini ada banyak lagi bekas atlet yang kami bantu.

“Saya percaya YB menteri sudah tentu akan buat keputusan terbaik bagi membantu golongan seperti ini,” jelas Noorul.
Ketika ini, Yakeb mempunyai 2,975 ahli terdiri daripada bekas atlet, dan hampir 80 peratus merupakan golongan B40.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya