Anugerah tiup semangat Azizulhasni buru emas Olimpik 2024

Anugerah tiup semangat Azizulhasni buru emas Olimpik 2024

AZIZULHASNI Awang bersama trofi Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2021. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gelaran Olahragawan Kebangsaan kelima yang diraih jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang dalam Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 semalam hadir tepat pada masanya, ketika beliau sedang melakukan persiapan untuk memburu pingat emas pada Sukan ­Olimpik 2024 di Paris.

Kejayaan meraih pingat perak di Olimpik 2020 Tokyo membolehkan pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu menewaskan empat pencabar lain, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) serta Syarifuddin Azman (permotoran dua roda).

Itu adalah gelaran kelima Azizulhasni selepas merangkul anugerah berprestij itu pada 2009, 2010. 2017 dan 2019/2020.

Selain perak Olimpik 2020, Azizulhasni juga merangkul emas pecut lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Jincheon, Korea, selain emas keirin pada siri keempat Trek Piala Dunia UCI di Velodrom Avantidrome, Cambridge, New Zealand.

“Alhamdulillah…Saya amat terharu apabila dipilih buat kali kelima sebagai Olahragawan Negara dalam karier.

“Saya amat bersyukur dan akan pastikan, ini bukan kemenangan terakhir untuk saya sebelum bersara selepas ­Olimpik Paris 2024.

“Saya juga masih dahagakan kejayaan untuk menaikkan martabat sukan negara. Selepas pembedahan jantung pada April tahun lalu, saya kembali bangkit ke prestasi sebenar dan memenangi beberapa kejohanan baru-baru ini di Eropah dan Australia.

“Selepas jalani pembedahan, ramai pemerhati sukan dan orang perubatan katakan ia akan jadi penamat kepada kerjaya saya namun, saya bangkit dan buktikan tidak sampai 12 bulan saya ­kembali,” kata Azizulhasni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya